Saturday, 21 April 2012

period pain.


actually benda ni penting tau, sbb those yg mengalami period pain je yg tau mcm mana sakit nye benda ni. Aku salah seorg yg alami period pain, sabar je la. sakit sangat2. Sampai guling2 la. Sure x boleh bangun. Fakta ni aku jumpa the fb, mcm menarik je, and boleh jd panduan untuk kita semua.


Period pain/ Senggugut

Seorang ibu yang mempunyai dua orang anak perempuan berasa risau apabila melihat dua orang perempuannya mengalami masalah senggugut sedangkan dia tidak mengalaminya. Adakah senggugut ini berbahaya?

Senggugut ini ialah sakit di bahagian bawah perut, sakit perut yang tajam atau sakit yang akan datang dan pergi. Senggugut ini juga berkemungkinan untuk sakit di bahagian belakang. Mungkin ada sebahagian daripada kita tertanya-tanya mengapakah berlakunya senggugut ini. Ketika menstruasi/ haid. senggugut ini terjadi kerana berlaku pengecutan yang kuat di dalam rahim untuk meruntuhkan saluran darah di luar dinding rahim. Saluran darah di dalam dinding rahim akan dimampatkan oleh pengecutan tadi seterusnya akan memutuskan bekalan darah ke rahim. Ini akan membuatkan bekalan oksigen ke rahim terputus dan menambahkan ketidakselesaan pada rahim kita.

Sebenarnya senggugut atau istilah perubatannya ialah dysmenorrhoea ini terdapat dua jenis:

Primary dysmenorrhea : Senggugut yang menjadi kebiasaannya kaum hawa dalam kalangan remaja sehingga 25tahun. Senggugut ini tidak berbahaya. Jadi ibu di atas tidak perlu risau kerana senggugut ini adalah senggugut yang sihat. Selalunya terjadi 24jam sebelum haid dan berakhir dalam sehari selepas period.

Secondary dysmenorrhea: Senggugut ini berlaku jika terdapat permasalahan di dalam rahim itu sendiri seperti endometriosis, cyst, tumor dan banyak lagi. Kebiasaannya berlaku pada kaum hawa yang berusia 30an dan 40an.

Langkah-langkah mengurangkan senggugut

  1. Tuam menggunakan air panas merupakan cara yang sangat efektif.
  2. Ambil posisi menonggeng sehingga rahim akan tergantung akan membuatkan kita lebih rehat.
  3. Amalkan pemakanan yang seimbang. Elakkan daripada minum kopi, makan aiskrim dan coklat supaya senggugut tidak bertambah sakit.
  4. Minum jus dan supplement yang mempunyai kandungan Vitamin E, Vitamin B6 atau Omega-3 ataupun minum minuman panas yang mengandungi kalsium tinggi.
  5. Jika tidak mampu bertahan lagi, maka boleh mengambil pil Panadol berwarna pink. Jika mampu bertahan, tidak perlu mengambil ubat. Tidak boleh mengambil ubat lebih daripada 3 kali.


atikah aziz

0 comments:

Post a Comment