Aisssh aku baru nak tulis entry pasal issue ni, sekali Sara dah tulis dulu. Patut lah semalam kemain siap suruh bagi pendapat dekat status Facebook. Chis Chis! Btw, very interesting opinion though..And alang alang dah berniat nak tulis about this issue, mehla dengar opinion aku pulak, ok? But please be aware, this is from a-22yo-Islamic banking-student aka first-timer-eligible-to-vote's opinion without any biased towards any political parties yoowww, so i might be lack of knowledge and facts but this is what i feels toward this issue, peace no war. Hehe.
Firstly, aku rasa quite sedih bila aku baca pasal benda ni because this showed how much true about what other races (even us) talked about the Malays, "Melayu pemalas! Melayu Spoil! Melayu mudah ikut cakap orang! Melayu emosi! ". Very true indeed. Bukan ke govt dah cakap yang our pinjaman boleh jadi biasiswa if dapat result 3.5? So apa yang korang bising bising lagi ni? Studdyy laa weeeeeeii! Mana ada dalam dunia ni benda free lagi. Janganlah bagi alasan yang bukan semua orang pandai sampai boleh dapat 3.5, kalau kau tak pandai takdenya kau dapat masuk university at the first place, itu issue rajin study or malas study je. Dah jangan banyak bunyik!
Secondly, yang korang nak sangat fees percuma ni kenapa? Kita kena sedar diri bahawasanya kalau kita tak keluarkan duit sendiri, kita tak akan appreciate benda tu. Kononnya kita orang susah mak bapak tak mampu nak tanggung sepenuhnya sebab tu lah apply PTPTN, tapi totttaaaaaaap kelas ponteng, result janji lulus sudah. Heks, cuba bayangkan bila fees university free, lagilah... "alah, bukan duit mak bapak aku pon, kalau repeat banyak kali/dismiss course/tukatuka course banyak kali pon takde hal". Haaa, makin berlambak lambaklah orang melayu kau nampak melepak dekat mamak tu kang. Umpamanya, bila kau tak bayar the fees, kau takkan ada commitment towards it. And lagi satu, negara Malaysia ni tergolong dalam negara developing bukan negara developed, tak note. DEVELOPING TU SEDANG MEMBANGUN, DEVELOPED TU DAH MEMBANGUN. So, janganlah mengharapkan kita dapat bagi kemudahan yang melampau eg free education dengan compared to others countries. Lain negara, lainlah dia punya GNP.
Thirdly, ada certain orang bangkitkan issue ni dengan kaitkan cara pendidikan zaman Rasullah dimana time zaman tu, pendidikan percuma diberikan so kita kenalah ikut sunnah nabi, ye dok?. Ye betul, tapi mengikut kata abah aku, kita kena ikut dengan peredaran semasa jugak. Zaman Rasulullah dulu, cost living tak sama macam zaman kita sekarang. Umpamanya macam zaman Rasulullah, Nabi makan menggunakan tiga jari, pastu korang pompang kata nak makan nasi guna 3 jari jugak sebab Sunnah Nabi katanya, sedarlah sikit bahawasanya ketika zaman Nabi, mereka makan ROTI guna 3 jari bukan makan nasi. Eh korangkan layan Ustaz Don dekat Youtube, takkan benda ni pon tak tahu? ;P. So janganlah kita ni semborono ikut je cakap orang, fikirlah sikit. Be rational!
Lastly, aku rasa issue ni nak tak nak memang berbangkit sebab nak jatuhkan mana mana parti je. Kadang kadang kita tahu benda tu betul tapi melayu kan emosi, so kita nak jugak condemn sampai hilang rationaliti. Yang dok emosi sangat kata PTPTN tipu ni kenapa? Letak interest lebih la, makan duit rakyat lah. Ini mesti kes masa korang apply dulu semborono je sign sane sini tak baca pon isi kandungan borang tu kan? Kan memang dah stated interest yang kita kena bayar dekat situ, apehal pulak menipunya? Kalau tak sanggup, tak payah lah apply awal awal. Lepas tu cakap duit interest tu Rosmah buat beli barang kemas la, bagi menteri beli kereta mewah la. Haihh, kalau dah emosi tu emosi jugak la. Mengikut perkiraan aku yang pernah belajar subjeck economy, itu adalah common kitaran duit inflow and outflow government (aku dah tak ingat term dia) la, kiranya bila government dah tolong kita bagi pinjaman means duit kerajaan dah digunakan, so kita kena lah topup balik dengan membayar interest and taxes. Kenapa interest tu lagi tinggi? Dah sebab kos of living masa depan mana nak sama dengan kos of living sekarang. Itu untuk kemudahan anak anak kita jugak nanti. Kenapa kos of living masa hadapan akan tinggi? Haaa tu janganlah nak bebel, kita kena follow world economy, bukan Malaysia suka suka ubah economy camtu je.
Maybe ada yang akan cakap, kau senanglah cakap kau student lagi, kang dah kerja baru tahu azab dia macam mana. Herm, mungkinlah tapi sekarang kan kerajaan dah bagi kelonggaran yang mana bayaran PTPTN akan mula dibayar bila gaji seseorang tu paling minimum adalah RM3000, so tak ada issue tak boleh bayar. Dahlah orang dah kasi chance tak payah bayar langsung korang tak nak grab, pastu orang bagi kelonggaran pembayaran kita nak ktirik, apa lagi kita nak weh? Sampai bila kita akan spoil camni? susahla nak membangun macam ni.
Janganlah mempertikaikan, "hek eleh dah jadi issue camni baru nak gelabah bagi kelonggaran la apa la, takot jatuh la tu". Issue PTPTN ni umpama aduan rakyat bagi aku cumanya masa aduan ni berlaku adalah ketika pilihanraya nak dekat so dia jadi mengelabah sikit. Jadi apa salahnya if kerajaan BARU nak ubah policy PTPTN tu? janji dia berubah sudahlah, itu yang kita nak kan at the first place? ke motif korang bangkitkan issue ni sebab benda lain?
Apa apa pon, this is just my own opinion, this is what i felt through my observation being in a UITM or so-called-the-majority-malay-student-University and as one of the PTPTN' users. Malays nowadays dah tak rational, too spoiled i think, and dah kurang rasa kesyukuran. But i would love to hear your opinions especially from other races, but please dont write your opinion masa emosi, menyampah i nak baca taaauuu... ;P
0 comments:
Post a Comment